August 31, 2016

PENGHANTARAN POKOK

Alhamdullilah dihari merdeka ada yg membeli pokok red palm dr nurseri kami..terima kasih, delivery smpai ke dpn rmh..taman KSM Bentong

POKOK HIASAN

Terima kasih boss Sense Of Choice Bakery Bentong kerana memilih pokok yg cantik dari nurseri kami..tochey, tochey 😀

August 15, 2016

HADIAH HARIJADI CUCU

Ni paling win..comel je dak alya dok dlm stroller tu. Atok aka big boss wat stroller ni utk present birthday cucu kami,sbg alat bantu dak alya nk bertatih..comelkan,comelkan...apa yg comel, dak alya ke stroller ? 😏😏😫

SAKITNYA KU DISINI

Allahuakbar...big boss kayuku cedera tersepit mesin..waduh waduh mau ditgk pun takut, tp mcm biasala org kental...tiada apa yg boleh melemahkan semangatnya nk bekerja 😱😱😱🙈🙈🙈 ni namanya mesin makan tuan 😫😫😫

TANAM POKOK

Kami menyediakan perkhidmatan tanam pokok di Taman Karak Indah, Karak, Bentong..dikawasan perumahan baru siap.harga perkhidmatan sgt2 berpatutan 👍👍👍

HASIL TANGAN KAYUKU

Meh nk tunjuk meja ala2 jepun,big boss buatkan utk kemudahan mamaku,selesakan tgk mk mertua makan ,menantu duk sebelah pun x nmpak 🙊🙊🙊
Lg satu tu bingkai gambar kayu utk En Dip sebagai hiasan gambar memory terindah isterinya dan anak2

MEJA KOPI SANTAI

Meh sini gais, nk tunjuk hasil keras tangan kayuku atas permintaan puan Minah, nk wat set meja santai katanya 😂

BATU HIASAN

Ni adalah stok batu hiasan dinurseri kami..kalau rasa2 nk hias kubur ke atau hiasan penyeri rmh bolehla beli kt kami..

RUMPUT

Assalamualaikum gais..bulan ramadhan yang lalu kami telah memberi perkhidmatan menanam rumput di sekeliling kubur arwah ayah Cikgu Hazlan di kawasan perkuburan Batu 1, Kuala Repas Bentong berserta penyiraman selama 2 minggu selepas penanaman pada harga yang sangat berpatutan..

PENGHANTARAN BARANG PESANAN

Sementara belum lupa kami nk bgtau kami baru menghantar sabut halus dan sekam untuk pesanan barang dari Majlis Perbandaran Bentong..terus sampai ke pintu tapak semaiannya 😀

TANAM POKOK

Assalamualaikum para blogger lama tul saya x up date rumahku ini..terlepas pandang plak rmh yg satu nih 😀 ni nk kabo kami ada wat servis tanam pokok, dimana2 pun boleh kt halaman dlm opis pun boleh..baru ni kami tanam pokok dlm pasu utk pejabat Pascorp Paper di kawasan industri  Bentong..bg lawa skit pejabat tu bia dpt extra oksigen...hihihi.terima kasih pada Datuk Masut yg membeli pokok hiasan dari kami.