6 January 2019

POKOK KENANGA

Salam Berkebun.

Inilah pokok kenanga.
Sejenis pokok yang mengeluarkan bunga harum wangi dan bau mistik kannn

Tentu takut bau mistik ni tapi ada juga yang cari tau.
Zaman hakak sekolah dulu  selalu ambil bunga ni simpan dalam almari baju sampaila kering kelopaknya nak amik aura baunya yang harum.

Kalau kenduri kawin tak sah kalau tak diracik bunga ni dalam ramuan bunga rampai kannn.

Kenanga bukanlah termasuk dalam tumbuhan herba tapi boleh dibuat ubat sakit kepala bronkitis ubat luka.

Minyak ekstrak dari kenanga diguna dalam perubatan aroma terapi untuk menenangkan dan merelaxkan jiwa.

Hakak tak berapa tau sangat dari segi perubatan pokok ni.
Yang taunya bila orang cari je mesti nak buat mandi bunga.

Share sikit siapa yang tau kegunaan lain.

#kenangabungaharumwangi
#kenangacantikmeawan
#kenangabuatmandian
#ubattradisional

15 September 2017

OKID BUTTERFLY

Kenapa dinamakan okid butterfly
Macam rerama nak terbang ke taman hati kastemer je

Kalau duit terbang pun boleh senyum 15 ela puashati heee.

11 September 2017

POKOK HIASAN

Rutin bulanan
Tukar pokok hiasan di Bank Rakyat Bentong

#Cari_Rezeki_Halal
#Sewa_Pokok_Hiasan

18 August 2017

PERKHIDMATAN SEWA POKOK

Tema ala ala hutan
Identiti Lemang Tok Ki
Direalisasikan sempena Karnival Bentong bermula 18hb Ogos hingga 31hb Ogos
Jom terjah booth hebat ni

7 August 2017

TANAM RUMPUT

Selamat pagi garden lovers
Selesai menanam rumput philipine dirumah Cikgu Salwa Kg Baru Bentong

Semoga berpuashati kerja kami